Wednesday, November 25, 2009

raya datang lagi!!!!!!!!

asssalmualaikum........ain nak ucap selamat hari raya aidiladha..............kepada semua umat islam seluruh dunia........semoga hepi hepi slalu ok....jangan lah kita berduka cita di hari dimana org lain gembira.......ok bye....asssalamualaikum...

Wednesday, November 18, 2009

5A in my hand.....

yeah....dapat 5A....ramai org dapat 5A.....34 org...peratus meningkat......alhamdulillah...aina,izyan,nadzmi dan khairil dapat 5A gak...nanti nak celebrate kat skolah.....aunty ana nak bawa kami semua pi makan kat RFC.........best.............

Monday, November 16, 2009

senyum sokmo


senyumla kerana ia akan menghilangkan segala rasa takut,risau dan ragu ragu...(teori ni ain buat sendiri taktau la btul ke tak...soryla ek)lagipun tak salah kalau kita senyum walaupun gigi kita mempunyai kaler bermacam macam warna......tapi kengkadang kalau kita senyum kat org,org akan cakap yg kita ni wayar putus la,tak betul la dan macam macam lagi......huh...apa  apa aje.....janji terus senyum ok......

Wednesday, November 11, 2009

internet sekolah

harini kat sekolah boleh surf internet jugak.....tak sangka boleh....hem....whatever la....seronok jugak berbalas email ngan kawan kawan.....nampaknya harini nasib menyebelahi aku.. yeay......

Tuesday, November 10, 2009

rindunya.......harap sihat sihat selalu......

assalamualaikum.....lepas ni semua akan mengatur langkah masing masing ...mengejar cita cita yg diimpikan masa kecik kecik dulu...semoga tercapai la ye....kepada ex-student atau student sekolah kebangsaan mergong sila la sudi menghantar email kat ain di sini ok....ain.athirah10@gmail.com..saja saja untuk mengetahui lebih pasal sekolah kita ok...

Friday, November 6, 2009

bucik sayang


kehilangan dirimu akan selalu ku ingati.....bucik........i love you......walaupun bucik selalu cakaq ain,tapi bucik lah yg selalu dengaq masaalah ain selama ni....menjadi diari hidup ain....maaf kan ain kalau ain tak jaga bucik selama ni.....love you......

Tuesday, November 3, 2009


sodihnya......nak nangis...


lepas ni nak pindah sekolah baru......sedih gile gile.....thanks  untuk kawan kawan yg selama ni mendengar citer yg karot mengarot terkeluar dari mulut ain nih....aina, zatul, qis,saidatul,izyan....dan tak lupa jugak pada khairil dan nadzmi sbab dah buat hari ain lebih bermakna.....thanks sbab dah buat ain gelak slama nih.....anyway jangan lupa untuk mengontact ain di sini k....always waiting for you........especially kawan kawan ain......k....

Sunday, November 1, 2009

Kawan Baik

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .
Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.
Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.
Dan kalau kita hendak mendapat kawan baik yang baik, kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik!

Kita kawan kan?

lelaki idaman hati ku......

Lelaki idaman saya adalah…


Seorang lelaki yang beriman…

Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…

Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…

Yang sentiasa haus dengan ilmu…

Yang sentiasa dahaga akan pahala…

Yang solatnya adalah maruah dirinya…

Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…

Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…

Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…

Lelaki idaman saya adalah…

Lelaki yang menjaga tuturkatanya…

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…

Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…

Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…

Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…

Lelaki idaman saya adalah…

Lelaki yang menghormati ibunya…

Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…

Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…

Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…

Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…

Lelaki idaman saya…

Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…

Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…

Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…

Yang menjaga matanya dari berbelanja…

Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…

Lelaki idaman saya…

Tidak pernah membazirkan masa…

Matanya kepenatan kerana penat membaca…

Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…

Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…

Bangunnya subuh penuh kecergasan…

Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…

Lelaki idaman saya…

Sentiasa mengingati mati…

Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…

Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…

Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…

Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…

Lelaki idaman saya adalah…

Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…

Kerana dia mengimpikan syurga…

Di situlah rumah idamannya…

Dan dia ingin membawa saya bersama…

Dialah lelaki idaman saya.....

cinta itu emas

 Jika ia sebuah cinta…


ia tidak mendengar…

namun sentiasa bergetar….


Jika ia sebuah cinta…

ia tidak buta

namun sentiasa melihat dan merasa..


Jika ia sebuah cinta…

ia tidak menyeksa

namun sentiasa menguji


Jika ia sebuah cinta…

ia tidak memaksa

namun sentiasa berusaha…


Jika ia sebuah cinta…

ia tidak cantik

namun sentiasa menarik…


Jika ia sebuah cinta…

ia tidak datang dengan kata-kata

namun sentiasa menghampiri dengan hati…


Jika ia sebuah cinta…

ia tidak terucap dengan kata

namun sentiasa hadir dengan sinar mata..


Jika ia sebuah cinta…

ia tidak hanya berjanji..

namun sentiasa cuba memenangi..


Jika ia sebuah cinta…

ia mungkin tidak suci..

namun sentiasa harmoni…


Jika ia sebuah cinta…

ia tidak hadir kerana permintaan

namun hadir kerana ketentuan…


Jika ia sebuah cinta…

ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…

namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan…

semuanya.. jika ianya sebuah cinta………

kebahagiaan sebuah cinta........

jika anda merasai semua ini maknanya anda telah menemui cinta sejati???????